Terakhir dikemas kini pada 31 Julai 2020
Terakhir dikemas kini pada 31 Julai 2020
Apa itu Perlindungan Penjual PayPal?
Perlindungan Penjual PayPal adalah perlindungan yang kami sediakan kepada penjual di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam daripada tuntutan, caj balik atau pembalikan yang berdasarkan:
Perlindungan Penjual PayPal tersedia untuk bayaran yang layak daripada pembeli yang memegang akaun PayPal di mana-mana negara. Jika anda menjual atau memasarkan kepada pembeli di negara lain, anda perlu membaca polisi Perlindungan Pembeli PayPal bagi negara asal pembeli sasaran anda (polisi Perlindungan Pembeli PayPal yang berkaitan boleh didapati di sini) kerana polisi ini akan dikenakan kepada anda sebagai penerima bayaran atau penjual.
Sebanyak manakah perlindungan yang diberikan oleh Perlindungan Penjual PayPal?
PayPal akan membayar anda amaun penuh bayaran yang layak dan mengetepikan yuran caj balik yang dibayar (untuk transaksi yang dibiayai kad debit dan kredit) jika berkenaan.
Kelayakan untuk Perlindungan Penjual PayPal
Anda perlu memenuhi semua syarat ini untuk layak bagi Perlindungan Penjual PayPal serta mana-mana syarat tambahan yang berkenaan:
Keperluan tambahan Barangan Tidak Ketara
Bagi melayakkan jualan barangan dan perkhidmatan tidak ketara mendapat Perlindungan Penjual, jualan mestilah memenuhi keperluan asas dan keperluan tambahan berikut:
Menyediakan bukti penghantaran atau bukti pengiriman untuk penjual di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam
Barangan Fizikal Perkara berikut diperlukan sebagai bukti pengiriman atau penghantaran untuk barangan fizikal: | |
Bukti pengiriman | Bukti penghantaran |
Dokumentasi dalam talian atau fizikal daripada syarikat pengiriman yang termasuk:
| Dokumentasi dalam talian atau fizikal daripada syarikat pengiriman yang termasuk: Tarikh penghantaran dan/atau status "dihantar" item atau perkhidmatan.
PENTING: Pilihan pembawa anda dan pilihan pengiriman dengan pembawa tersebut boleh memberi kesan yang besar kepada keupayaan anda untuk memenuhi keperluan bukti penghantaran. Sila pastikan, terutamanya apabila mengirim barangan di peringkat antarabangsa, bahawa pembawa anda boleh menyediakan status 'dihantar' di alamat yang betul, atau tuntutan Perlindungan Penjual anda mungkin dinafikan. |
Barangan Tidak Ketara Perkara berikut diperlukan sebagai bukti pengiriman atau penghantaran bagi barangan tidak ketara: |
Bagi barangan tidak ketara atau digital, bukti pengiriman atau penghantaran bermaksud bukti dorongan yang menunjukkan item telah dihantar atau pesanan pembelian telah dipenuhi. Bukti dorongan boleh termasuk sistem rekod yang menunjukkan tarikh item dihantar dan ia sama ada:
|
Ambang mata wang pengesahan tandatangan
Mata wang* | Amaun | Mata wang* | Amaun |
Dolar Australia | $850 AUD | Dolar New Zealand | $950 NZD |
Real Brazil | $1750 BRL | Krone Norway | 4,600 NOK |
Dolar Kanada | $850 CAD | Peso Filipina | 34,000 PHP |
Koruna Republik Czech | 15,000 CZK | Zloty Baharu Poland | 2,300 PLN |
Krone Denmark | 4,100 DKK | Ruble Rusia | 27,000 RUB |
Euro | €550 EUR | Dolar Singapura | $950 SGD |
Dolar Hong Kong | $6,000 HKD | Krona Sweden | 4,950 SEK |
Forint Hungary | 170,000 HUF | Franc Swiss | 700 CHF |
Shekel Israel | 2,700 ILS | Dolar Baharu Taiwan | 23,000 TWD |
Yen Jepun | ¥77,000 JPY | Baht Thai | 24,500 THB |
Ringgit Malaysia | 2,500 MYR | Paun Sterling U.K. | £450 GBP |
Peso Mexico | $10,000 MXN | Dolar A.S. | $750 USD |
Proses Perlindungan Penjual PayPal
PayPal akan menahan sementara dana dalam akaun anda untuk menampung amaun penuh tuntutan, caj balik, atau pembalikan. Kami akan meminta anda untuk memberikan bukti pengiriman atau bukti penghantaran dan apa-apa maklumat lain yang kami perlukan untuk menentukan sama ada transaksi memenuhi syarat kelayakan Perlindungan Penjual PayPal.
Kami akan menggunakan budi bicara munasabah kami untuk menentukan sama ada transaksi memenuhi syarat kelayakan Perlindungan Penjual PayPal. Jika ya, kami akan membuang penahanan sementara dan mengembalikan dana ke akaun anda.
Jika bayaran tidak dilindungi oleh Perlindungan Penjual PayPal, PayPal akan mengeluarkan dana daripada akaun anda dan mengembalikan bayaran kepada pembeli. Di samping itu, anda akan bertanggungjawab untuk yuran caj balik PayPal, jika berkenaan.
Penggantungan Kelayakan Perlindungan Penjual PayPal
Kami mungkin menggantung kelayakan anda untuk Perlindungan Penjual PayPal jika kami mempunyai kepercayaan yang munasabah bahawa terdapat peningkatan risiko yang berkaitan dengan akaun anda. Dalam menilai risiko, kami akan mempertimbangkan:
Kami mungkin menggantung kelayakan anda untuk Perlindungan Penjual PayPal jika ia dipautkan atau dikaitkan dengan akaun lain yang telah digantung.
Kami akan membuang penggantungan dengan syarat, kami tidak lagi mempunyai kepercayaan yang munasabah bahawa terdapat peningkatan risiko yang berkaitan dengan akaun anda.
Jika kami percaya secara munasabah yang risiko masih wujud, kami boleh mengikut budi bicara mutlak kami, mewajibkan anda mengambil tindakan tertentu untuk membuang penggantungan kelayakan anda untuk Perlindungan Penjual PayPal. Anda perlu mengikut arahan kami setakat yang munasabah yang diperlukan oleh PayPal dalam tempoh yang dinyatakan.
Kami akan memaklumkan anda melalui e-mel jika kami menggantung atau membuang penggantungan kelayakan anda untuk Perlindungan Penjual PayPal.
Contoh Item/transaksi yang tidak layak untuk Perlindungan Penjual PayPal
Pengecualian daripada Perlindungan Penjual PayPal
Jika kami menentukan secara munasabah, setelah mempertimbangkan semua keadaan yang berkaitan, bahawa anda telah menyalahgunakan Dasar Perlindungan Penjual PayPal, kami boleh atas budi bicara mutlak kami, mengecualikan anda daripada Dasar Perlindungan Penjual PayPal atau mengambil sebarang tindakan lain menurut Perjanjian ini. Kami akan memaklumkan anda jika anda dikecualikan.
Jika anda menerima bayaran di bawah Perlindungan Penjual PayPal yang mana anda tidak berhak atau layak terima, bayaran akan dibayar balik dengan segera oleh anda dan boleh dikembalikan sebagai hutang yang perlu dibayar kepada PayPal.