PERJANJIAN ENTITI KOMERSIAL UNTUK PERKHIDMATAN PEMPROSESAN DIBIAYAI KAD BAYARAN PAYPAL

 

Perjanjian Entiti Komersial untuk Perkhidmatan Pemprosesan Dibiayai Kad Bayaran PayPal ini ("Perjanjian Entiti Komersial" atau "CEA") dipersetujui oleh semua Pengguna PayPal yang merupakan Entiti Komersial (seperti yang ditakrifkan oleh Visa Europe, Visa Inc, Visa International, MasterCard Worldwide, UK Maestro, Solo dan/atau International Maestro (bersama-sama "Persatuan")). Setiap Pengguna PayPal ini dirujuk sebagai "Peniaga" dan boleh dirujuk di sini sebagai "anda". CEA ini merupakan kontrak termeterai sah anda yang berasingan untuk pemprosesan kad kredit dan debit untuk transaksi PayPal di antara anda dan Pemeroleh (seperti yang ditakrifkan di bawah).

Untuk tujuan CEA ini, "Pemeroleh" bermaksud (a) Worldpay (UK) Limited jika Peniaga berpangkalan di Eropah; dan/atau (b) Worldpay PTE Ltd jika Peniaga berpangkalan di Singapura; dan/atau (c) Worldpay (HK) Limited jika Peniaga berpangkalan di Hong Kong; dan/atau (d) Citizens Bank, N.A. jika Peniaga berpangkalan di Amerika Syarikat dan/atau (d) Worldpay PTY. Ltd jika Peniaga berpangkalan di Australia. Dalam CEA ini, "kami" merujuk kepada Pemeroleh.

Menurut peruntukan CEA ini, Pemeroleh boleh menamatkan penyediaan perkhidmatan pemprosesan kad kredit dan debit serta mewajibkan PayPal untuk menguatkuasakan mana-mana peruntukan perjanjian Peniaga dengan PayPal ("Perjanjian PayPal"), yang dipersetujui oleh dan antara Peniaga dan PayPal.

Peniaga bersetuju dengan terma dan syarat CEA ini. Peniaga selanjutnya bersetuju bahawa CEA ini membentuk perjanjian termeterai sah antara Peniaga dan Pemeroleh; PayPal bukanlah salah satu pihak dalam kontrak ini dan hanya bertindak sebagai ejen Pemeroleh yang berkaitan dengannya. Jika kami mencadangkan untuk mengubah CEA ini dalam cara yang ketara, PayPal akan memberikan anda bagi pihak kami sekurang-kurangnya notis 30 hari awal (atau tempoh minimum seperti yang dikehendaki oleh undang-undang) bagi perubahan tersebut. Selepas tempoh notis berlalu, anda akan dianggap bersetuju terhadap semua pindaan tersebut kepada CEA. Untuk meminda CEA ini tetapi bukan dengan cara yang ketara, PayPal akan menyiarkan bagi pihak kami versi yang disemak semula pada laman web PayPal, dan versi yang disemak semula akan berkuat kuasa pada masa kiriman PayPal itu.  Jika anda tidak bersetuju dengan sebarang pindaan yang dicadangkan, anda boleh menutup akaun PayPal anda sebelum tamat tempoh  notis yang diberikan dalam notis ataupun menurut terma-terma Perjanjian PayPal, dan CEA ini akan ditamatkan pada penutupan akaun anda. Perubahan kepada CEA ini akan dianggap dibuat dengan cara yang "ketara" jika perubahan melibatkan pengurangan hak anda atau meningkatkan tanggungjawab anda.

  1. Tujuan CEA ini. Apabila pelanggan membayar anda melalui PayPal, mereka mempunyai pilihan untuk membayar anda melalui sumber pendanaan yang disokong oleh PayPal termasuk kad. Dalam kebanyakan keadaan, anda tidak akan mengetahui sumber pendanaan yang dipilih oleh pelanggan anda. Oleh kerana anda mungkin penerima bayaran yang dibiayai kad, Persatuan mengehendaki anda memasuki hubungan kontrak secara langsung dengan pemeroleh yang merupakan ahli Persatuan tersebut. Dengan memasuki CEA ini, anda memenuhi keperluan Persatuan tersebut dan anda bersetuju untuk mematuhi peraturan Persatuan yang berkaitan dengan bayaran yang anda terima melalui Perkhidmatan PayPal.
  2. Kewajipan Pemeroleh. 
    1. Kewajipan Pemeroleh di bawah CEA ini adalah terhad semata-mata kepada pemprosesan transaksi kad Peniaga di wilayah Peniaga berpangkalan dan penerimaan serta pembayaran dana yang berkaitan kepada PayPal untuk akaun Peniaga ("Perkhidmatan Pemerolehan").  Semua kewajipan lain yang berhubung dengan peruntukan perkhidmatan di bawah Perjanjian PayPal adalah tanggungjawab PayPal dan sebarang isu, ketidakpuasan hati, pertikaian dan/atau pertikaian perkhidmatan Peniaga yang berhubung dengan mana-mana perkhidmatan yang disediakan kepada Peniaga hendaklah diberitahu dan dikemukakan kepada PayPal secepat mungkin.
    2. Tertakluk kepada terma CEA ini dan Perjanjian PayPal, Pemeroleh akan memulakan bayaran ke akaun yang ditetapkan (seperti yang dimaklumkan kepada Pemeroleh oleh PayPal) bagi amaun yang sama dengan nilai transaksi kad yang diproses oleh Pemeroleh untuk Peniaga di bawah CEA ini (ditolak potongan untuk bayaran balik, denda, penilaian, caj balik, kos caj balik, yuran atau liabiliti Peniaga lain (sama ada sebenar atau jangkaan) di bawah CEA ini atau Perjanjian PayPal).  Sebarang kewajipan Pemeroleh untuk meremitkan dana di bawah CEA ini adalah tertakluk kepada mana-mana hak Pemeroleh di bawah perjanjiannya dengan PayPal.
    3. Peniaga bersetuju bahawa apa-apa bayaran yang dibuat kepada PayPal oleh Pemeroleh di bawah CEA ini akan dianggap sebagai resit yang baik oleh Peniaga bagi jumlah yang perlu dibayar daripada Pemeroleh kepada Peniaga berhubung dengan liabiliti Pemeroleh kepada Peniaga di bawah CEA ini. Peniaga akan menanggung rugi Pemeroleh dan terus membayar ganti rugi Pemeroleh terhadap semua kerugian, kos, tuntutan, permintaan, perbelanjaan (termasuk perbelanjaan perundangan) dan apa jua sifat liabiliti (termasuk sebarang kewajipan penyelesaian semula di bawah peraturan Persatuan) yang timbul daripada atau berkaitan dengan bayaran dana oleh Pemeroleh ke dalam akaun atas nama PayPal selaras dengan terma CEA ini.
    4. Sepanjang tempoh CEA ini dan selepas penamatannya atas apa jua sebab, Pemeroleh berhak untuk menangguhkan (bagi tempoh tersebut sebagaimana yang dianggap wajar mengikut budi bicara munasabahnya) tarikh bayaran dana berhubung dengan transaksi kad yang akan (kecuali untuk fasal ini) perlu dibayar untuk melindungi kedudukannya berhubung dengan caj balik sebenar atau jangkaan, denda, penilaian, bayaran balik, kos caj balik, yuran, penipuan, aktiviti tidak sah atau sebarang liabiliti lain Peniaga atau berkaitan dengan mana-mana transaksi kad atau di bawah CEA ini atau PPA, sama ada sebenar atau jangkaan.  Amaun yang tertunda boleh dikurangkan berbanding sebarang caj balik, denda, penilaian, bayaran balik, kos caj balik, yuran sebenar atau sebarang liabiliti lain Peniaga.   Peniaga memahami dan mengakui bahawa semasa tempoh CEA ini dan selepas penamatannya atas apa jua sebab, Peniaga akan terus menanggung keseluruhan tanggungjawab untuk semua caj balik, kos caj balik, bayaran balik, denda, penilaian, yuran, penipuan dan aktiviti tidak sah hasil dalam apa-apa cara daripada transaksi kad yang diproses menurut CEA ini dan semua amaun lain yang kemudian perlu dibayar atau yang selepas itu mungkin perlu dibayar di bawah CEA ini atau Perjanjian PayPal.
  3. Peraturan Persatuan.
    1. Transaksi Deposit. Peniaga bersetuju bahawa mereka hanya akan menerima bayaran melalui perkhidmatan pemprosesan PayPal untuk transaksi bona fide di antara Peniaga dan pelanggannya untuk jualan barangan atau perkhidmatan. Peniaga tidak boleh mengemukakan transaksi untuk membiayai semula atau memindahkan kewajipan sedia ada yang tidak dapat dikutip. Peniaga mengakui bahawa untuk bayaran Visa dan MasterCard, PayPal akan mendapatkan pengesahan untuk amaun transaksi sebelum melengkapkan transaksi.
    2. Transaksi Pembahagian. Peniaga bersetuju untuk tidak membahagikan jualan kepada dua (atau lebih) amaun berasingan bagi mengelakkan mendapatkan pengesahan untuk amaun penuh. Kecuali, dalam contoh di mana Peniaga dan pemegang kad bersetuju dengan penghantaran separa produk, atau apabila transaksi layak untuk penghantaran tertunda atau deposit pesanan khas (seperti pengiriman separa berdasarkan inventori di tangan), jualan boleh dibahagikan kepada beberapa transaksi.
    3. Surcaj/Minimum atau Maksimum. Peniaga bersetuju bahawa mereka tidak akan menetapkan amaun transaksi minimum atau maksimum, atau mengenakan surcaj sebagai syarat menghormati kad Visa dan MasterCard, melainkan jika dibenarkan dalam bidang kuasa tertentu sesuatu transaksi.
    4. Tanda Visa dan MasterCard. Peniaga dibenarkan dan perlu menggunakan logo Visa dan MasterCard atau tanda pada bahan promosi dan laman web Peniaga untuk menunjukkan bahawa kad Visa dan MasterCard diterima sebagai sumber pendanaan untuk transaksi PayPal.
    5. Diskriminasi. Peniaga bersetuju bahawa mereka tidak akan terlibat dalam apa-apa amalan penerimaan yang mendiskriminasi atau tidak menggalakkan penggunaan Visa atau MasterCard dan lebih memilih mana-mana jenama kad lain kecuali jika dibenarkan dalam bidang kuasa tertentu transaksi.
    6. Akses kepada Data Pemegang Kad. Peniaga mengakui bahawa apabila mereka mempunyai akses kepada Data Pemegang Kad (ditakrifkan sebagai nombor kad pemegang kad, tarikh tamat tempoh, dan CVV2) mereka akan mematuhi apa-apa piawaian keselamatan data Majlis Piawaian Industri Kad Bayaran (atau mana-mana badan gantian), Visa atau MasterCard, termasuk Piawaian SSC Industri Kad Bayaran. Di samping itu, anda bersetuju untuk mematuhi piawaian keselamatan data yang diperlukan oleh PayPal di bawah Perjanjian PayPal yang boleh dipinda dari semasa ke semasa.  . Sekiranya Peniaga menerima Data Pemegang Kad yang berkaitan dengan perkhidmatan pemprosesan PayPal, Peniaga bersetuju bahawa mereka tidak akan menggunakan Data Pemegang Kad untuk sebarang tujuan yang diketahui atau patut tahu adalah palsu atau melanggar mana-mana peraturan Persatuan. Peniaga juga bersetuju bahawa mereka tidak akan menjual, membeli, menyediakan atau bertukar dalam apa jua cara atau mendedahkan Data Pemegang Kad kepada orang lain selain daripada pemerolehnya, Visa atau MasterCard (seperti yang berkenaan) atau sebagai jawapan kepada permintaan kerajaan.
    7. Pengenalan Peniaga. Peniaga bersetuju untuk memaklumkan dengan jelas kepada pemegang kad akan identiti Peniaga di semua tempat interaksi termasuk lokasi (alamat fizikal) Peniaga untuk membolehkan pemegang kad dengan mudah menentukan sama ada transaksi tersebut akan menjadi transaksi domestik atau transaksi merentas sempadan.
    8. Caj Balik. Peniaga hendaklah menggunakan semua kaedah yang munasabah untuk menyelesaikan pertikaian dengan pemegang kad. Sekiranya pertikaian bagi caj balik berlaku, Peniaga hendaklah mematuhi semua permintaan untuk maklumat daripada PayPal dengan segera. Peniaga tidak akan cuba untuk mengecaj semula pemegang kad untuk item yang telah dicaj balik kepada pemegang kad, melainkan pemegang kad telah membenarkan tindakan tersebut.
  4. Dasar Bayaran Balik Peniaga mesti berada di Laman Web Peniaga. Jika Peniaga mengehadkan terma bayaran balik/pertukaran atau syarat khusus lain untuk jualan Kad, dasar Peniaga mestilah disediakan dengan jelas kepada pemegang kad sebelum jualan dan Peniaga perlu mematuhi semua undang-undang berkenaan dan peraturan Persatuan.
  5. Audit.  Atas permintaan Pemeroleh, Peniaga perlu segera mendedahkan kepada Pemeroleh maklumat sedemikian sebagaimana munasabah yang diperlukan Pemeroleh untuk membolehkan Pemeroleh melaksanakan kewajipannya, dan/atau menilai risiko kewangan dan insurans yang berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan, dan/atau untuk menilai pematuhan Peniaga terhadap terma CEA dan/atau peraturan Persatuan.
  6. Tempoh dan Penamatan. CEA ini berkuat kuasa apabila tarikh Perjanjian PayPal di antara Peniaga dan PayPal mula berkuat kuasa dan berterusan selagi Perjanjian PayPal kekal berkuat kuasa antara Peniaga dan PayPal, tetapi secara automatik akan ditamatkan tanpa notis penamatan bagi Perjanjian PayPal tersebut atas apa jua sebab, dengan syarat bahawa terma-terma tersebut yang asalnya bertujuan untuk bertahan daripada penamatan (termasuk tanpa had, kewajipan ganti rugi dan caj balik serta had liabiliti) akan terus bertahan. CEA ini boleh ditamatkan oleh Pemeroleh pada bila-bila masa sekiranya berlaku pelanggaran mana-mana kewajipan Peniaga di bawah CEA ini atau Perjanjian PayPal, atau oleh Peniaga sekiranya berlaku pelanggaran mana-mana kewajipan Pemeroleh di bawah CEA ini, atau oleh Pemeroleh sekiranya berlaku penamatan perjanjian perkhidmatan pemerolehan yang dimeterai di antara PayPal (atau syarikat kumpulan yang berkenaan) dan Pemeroleh seperti yang dimaklumkan kepada Peniaga.
  7. Ganti Rugi. Peniaga bersetuju untuk menanggung rugi dan melindungi Pemeroleh daripada dan terhadap semua kerugian, liabiliti, ganti rugi dan perbelanjaan: (a) akibat daripada pelanggaran sebarang waranti, kesepakatan atau perjanjian atau apa-apa salah nyata oleh Peniaga di bawah CEA ini; (b) timbul daripada kecuaian Peniaga atau para pekerjanya atau salah laku yang disengajakan, (c) timbul berhubung dengan transaksi Kad atau timbul daripada peruntukan barangan dan perkhidmatan Peniaga kepada Pemegang Kad atau pelanggan; (d) timbul daripada penggunaan Perkhidmatan PayPal oleh Peniaga; atau (e) akibat daripada apa-apa denda atau timbul daripada mana-mana ganti rugi pihak ketiga yang Pemeroleh wajib lakukan hasil daripada tindakan Peniaga (termasuk apa-apa kerugian bagi mana-mana Persatuan atau bank pengeluar Kad).
  8. Penetapan/Pindaan. CEA ini tidak boleh ditetapkan oleh Peniaga tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Pemeroleh. Pemeroleh boleh menetapkan haknya di bawah CEA ini tanpa persetujuan Peniaga.
  9. Penafian Waranti. CEA ini adalah perjanjian perkhidmatan. Pemeroleh menafikan semua perwakilan atau waranti, nyata atau tersirat, yang dibuat kepada Peniaga atau mana-mana individu lain, termasuk tanpa had, sebarang waranti mengenai kualiti, kesesuaian, kebolehdagangan, kesesuaian untuk tujuan tertentu atau sebarang perkhidmatan atau apa-apa barang yang disediakan bersampingan dengan perkhidmatan yang disediakan di bawah CEA ini setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.
  10. Had Liabiliti. Meskipun terdapat apa-apa dalam CEA ini yang bertentangan, dalam apa jua keadaan, Pemeroleh atau mana-mana pengarahnya, pegawai, pekerja, ejen atau subkontraktor, tidak akan bertanggungjawab di bawah apa-apa teori tort, kontrak, liabiliti yang ketat atau teori perundangan yang lain terhadap kehilangan keuntungan, kehilangan pendapatan, kehilangan peluang perniagaan, ganti rugi teladan, punitif, khas, sampingan, tidak langsung atau berbangkit, yang mana setiap satu daripada ini dikecualikan oleh perjanjian pihak, tidak kira sama ada ganti rugi sedemikian boleh diramal atau sama ada Pemeroleh telah dinasihatkan tentang kemungkinan ganti rugi tersebut. Meskipun terdapat perkara dalam CEA ini yang bertentangan, dalam apa jua keadaan, Pemeroleh tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kelewatan atau kesilapan dalam pelaksanaan perkhidmatan yang disebabkan oleh pembekal perkhidmatannya atau pihak lain atau peristiwa di luar kawalan munasabah Pemeroleh, termasuk PayPal. Meskipun terdapat apa-apa dalam CEA ini yang bertentangan, liabiliti terkumpul Pemeroleh untuk semua kerugian, tuntutan, guaman, kontroversi, pelanggaran atau ganti rugi untuk apa jua sebab yang timbul daripada atau berkaitan dengan CEA ini dan tanpa mengira bentuk tindakan atau teori perundangan dan sama ada atau tidak timbul dalam kontrak atau tort (termasuk kecuaian) tidak boleh melebihi jumlah keseluruhan transaksi, yang dinyatakan sebagai amaun dolar A.S. yang diproses oleh Peniaga di bawah CEA ini melalui PayPal. Tiada apa-apa dalam CEA ini yang boleh mengecualikan atau mengehadkan sebarang liabiliti mana-mana pihak bagi kematian atau kecederaan diri yang disebabkan oleh kecuaian atau penipuan, atau salah nyata penipuan, walau apa pun yang berlaku.
  11. Penepian. Kegagalan pihak untuk menegaskan mana-mana haknya di bawah CEA ini, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, hak untuk menamatkan CEA ini jika berlaku pelanggaran atau keingkaran oleh pihak yang lain, tidak akan dianggap sebagai penepian oleh pihak itu terhadap hak untuk menguatkuasakan setiap dan semua peruntukan dalam CEA ini mengikut termanya.
  12. Hubungan antara Pihak. Tiada hubungan agensi, perkongsian, usaha sama atau pekerjaan yang dicipta di antara Peniaga dan Pemeroleh dengan CEA ini. Dalam melaksanakan tanggungjawab mereka di bawah ini, semua pihak adalah dan akan menjadi kontraktor bebas. Tiada apa-apa dalam CEA ini akan ditafsirkan untuk membentuk mana-mana pihak sebagai ejen bagi pihak lain atas apa-apa tujuan sekalipun. Tiada pihak akan memeterai, atau cuba untuk memeterai pihak lain dalam mana-mana kontrak atau pelaksanaan apa-apa kewajipan, dan kedua-dua pihak tidak akan mewakili mana-mana pihak ketiga bahawa ia mempunyai hak untuk memasuki apa-apa kewajipan memeterai bagi pihak lain.
  13. Tiada Penggunaan Tidak Sah Perkhidmatan. Peniaga tidak akan mengakses dan/atau menggunakan Perkhidmatan Diperoleh untuk tujuan tidak sah dan tidak akan mengganggu rangkaian yang berkaitan dengan Perkhidmatan Diperoleh.
  14. Kebolehasingan. Apabila boleh, setiap satu daripada peruntukan CEA ini akan ditafsirkan dalam cara yang efektif dan sah di bawah undang-undang berkenaan, tetapi jika apa-apa peruntukan di dalamnya adalah dilarang atau ditentukan sebagai tidak sah oleh mahkamah bidang kuasa kompeten, peruntukan tersebut tidak akan berkuat kuasa setakat mana-mana larangan atau ketidaksahihan, tanpa membatalkan baki peruntukan tersebut atau peruntukan yang selebihnya dalam CEA ini.
  15. Undang-Undang yang Mentadbir. CEA ini (dan hubungan yang dirujuk) akan ditadbir dan ditafsirkan mengikut undang-undang Bahasa Inggeris dan pihak-pihak tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah England and Wales berhubung dengan apa-apa pertikaian di bawah ini.

 

Tarikh:     Julai 2017